Sperma dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak ke depan. Daripada 500 juta sperma yang dikeluarkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.
Tips dibawah mungkin bukan untuk anda semua, tapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil beberapa tips itu untuk tambahkan kiraan sperma anda.
1) Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik - tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksiden seperti vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.
2) Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.
3) Bersenam selalu. Aktiviti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan dan menambahkan keinginan seksual. Jika boleh tambahkan sikit musle lagi baik, kerana ia juga mendorong meningkatkan sperma.
4) Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan horom kesuburan.
5) Lindungi kesuburan dengan:
- Jauhi bahan beracun
- Jangan merokok
Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan
Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40 deg celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlah sperma
- Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan)
- Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma
- Kurangkan duduk diatas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untuk merendahkan suhu pada bahagian berkenaan.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)