1. Anda berkeras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hatinya semula. Jelas sekali anda tidak dapat menerima hakikat bahawa bekas kekasih anda tidak menyintai anda lagi.



2. Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah anda berharap dia yang memanggil... Sudah! Mulakan hidup yang baru. Si dia juga sudah gembira bersama teman yang lain. Jangan lagi berharap si dia akan menghubungi anda.



3. Anda terlalu memikirkan tentang si dia yang sudah jauh pergi, setiap hari, setiap masa. Lupakanlah orang yang tak sudi. Sudah tiba masanya anda memikirkan tentang masa depan emosi anda yang bercelaru itu. Usah fikirkan dia lagi kerana sejak perhubungan anda berdua putus, si dia tak pernah sekali pun memikirkan tentang anda!



4. Anda tak henti-henti bercakap mengenai bekas kekasih anda, tidak kiralah...yang baik atau yang buruk tentang perangai dan perihal si dia. Kasihanilah orang yang terpaksa mendengar cerita basi anda itu! Jangan jadikan bekas kekasih anda sebagai topik perbualan...



5. Surat, hadiah, nota, SMS, gambar...mengingatkan anda memori bersama si dia. Bagi insan yang lemah emosi seperti anda, jangan simpan lagi apa-apa sahaja benda yang boleh mengingatkan anda kepadanya. Sebaik-baiknya, simpan semua surat, gambar atau hadiah pemberiannya ke dalam kotak dan sorok jauh-jauh!


0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home