Blogger Template by Blogcrowds.

Cara Tolak Cinta Sahabat

Pelik tapi benar! Anda bersahabat baik dengan seseorang tetapi secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cintanya kepada anda. Sudah pasti anda akan berasa terkejut dan sukar untuk menerima hakikat tersebut.

Malah lebih teruk, terdapat segelintir individu yang menjauhkan diri daripada individu tersebut sedangkan mereka berdua merupakan sahabat baik selama ini.

Jika anda mengalami situasi yang sama, di sini diperturunkan tip untuk menolak cinta sahabat baik anda tetapi dalam masa yang sama perhubungan persahabatan yang terjalin tidak putus.

1. Berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. Pasti dia akan memahaminya dan menghargai sikap berterus terang anda itu. Apatah lagi jika anda menunjukkan keseriusan.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya sepertimana anda bersahabat dengannya. Ini kerana hubungan di antara kekasih dan seorang sahabat sangat berbeza ertinya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana masing-masing menunjukkan sikap 'ganas' apabila bersama. Sebagai kekasih sepatutnya perhubungan perlu disulam dengan rasa tanggungjawab dan tolak ansur.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka yang jauh lebih hebat di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya. Tunjukkan kepadanya bahawa anda tidak mempunyai kualiti seorang kekasih yang baik.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, sekolah atau di tempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul. Sikap sebegitu memberikan petanda kepadanya bahawa anda tidak selesa dengan situasi yang sedang anda alami.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. Katakan juga anda masih terlalu muda untuk memikirkan tentang cinta. Oleh sebab itu anda lebih tertarik dengannya sebagai seorang sahabat.

8. Jelaskan padanya bahawa anda lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan kerana sudah mengetahui sikap masing-masing. Anda tidak selesa untuk berpura-pura serta belum bersedia untuk mengubah status sahabat menjadi kekasih.

9. Nyatakan bahawa anda sudah ada calon kekasih yang lain. Namun anda harus bersedia untuk kehilangan seoarang rakan kerana dia malu dengan penolakan terhadap dirinya. Kalau boleh lakukannya secara baik dan jika anda tidak berupaya untuk melakukannya, minta bantuan orang tengah yang rapat dengannya dan tahu tentang status perhubungan antara anda dan si dia.

10. Bertegas dengan pendirian anda yang memang tidak boleh menerimanya menjadi kekasih walau apapun yang terjadi. Ketegasan anda pasti akan memberikan impak padanya dan diharapkan dia akan memberikan respon seperti mana yang anda harapkan.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home