Tiroid Tanda Masalah Seks Lelaki


A… HA! Tak tahu! Gangguan tiroid di kalangan jejaka kini dikaitkan dengan pelbagai gejala seksual. Itulah, lelaki liat sangat hendak berjumpa doktor bila jatuh sakit.

Dr. Emmanuele A Jannini dan kawan dari University of L’Aquila, Itali melihat prevalens masalah seksual dengan gangguan tiroid terlampau aktif atau tidak aktif di kalangan 48 pesakit lelaki dewasa, sebelum dan selepas mereka pulih.

Berdasarkan temu ramah dengan 34 lelaki dengan gangguan hipertiroidisme (tiroid aktif), 18 peratus daripada mereka mengalami keinginan seks di bawah normal, ejakulasi tertangguh (tiga peratus), ejakulasi pramatang (50 peratus) dan disfungsi erektil (15 peratus).

Bagaimanapun, setelah diberikan rawatan, kadar ejakulasi pramatang menjunam dari 50 peratus kepada 15 peratus - angka yang sama masalah itu jika dibandingkan dengan jumlah penduduk keseluruhan.

Sementara itu, disfungsi erektil dan ejakulasi tertangguh berjaya diselesaikan dengan rawatan dalam hampir kesemua pesakit berkenaan.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home