Apa itu Cinta

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayangtarikan, asas kemesraan dankeserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain.

Ia dapat ditunjukkan melalui perasaanemosikelakuanpemikiranpersepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utamahubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.

Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gmebira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita.

Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Cinta sering dikaitkan dengan puisi, madah, cerita cinta dan pelbagai lagi hasil karya sejati sejak dari zaman dahulu lagi. Kini, pelbagai maklumat tentang cinta boleh didapati di internet. Ramai penulis cerpen menulis terus dari jiwa mereka dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja terutamanya pengguna internet.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home