Kajian internet dibuat pada tahun 2009 telah menunjukkan bahawa wanita yang berumur 35 tahun keatas lebih menikmati seks. Dari 500 wanita sebanyak 79% telah melaporkan mereka lebih menikmati seks kerana mereka pandai mencari cara untuk menikmatinya berbanding pada umur muda. Walaubagaimanapun, umur 35 tahun bukanlah tua bagi wanita. Manakala 50% mengaku mereka selalu berinisiatif untuk mencari pasangan untuk bercinta.

wanita, sex

Bukan itu sahaja, 35% responden juga mengatakan, makin bertambah usia, mereka merasakan seksualnya makin memuaskan. Separuh responden juga mengatakan, mereka melakukan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

"Wanita di usia tersebut biasanya sibuk dengan urusan rumah tangga dan dianggap sudah kehilangan hasrat bercinta. Oleh itu, hasil survey ini sangat berlawanan dengan pandangan orang selama ini," kata Yvone K Fulbright, PhD, seksologi dari Universiti Iceland.

Menurut Yvone, wanita-wanita di usia matang tersebut pada umumnya sudah merasa lali dengan pasangannya. Dengan kata lain, wanita di usia ini sudah tidak suka lagi mengungkapkan apa yang diinginkannya untuk mencapai kepuasan seksual.

"Mereka sudah lebih mengenal tubuh pasangannya, demikian juga sebaliknya. Selain itu, wanita di usia matang juga merasa lebih aman dan lebih menerima tubuhnya, terutama bila ia sudah pernah melahirkan anak," katanya.

Alasan lain adalah, lanjut Yvone, bila wanita tersebut kembali menyandang status bujang atau janda, kerana perceraian atau suami meninggal. "Sebahagian wanita mungkin merasa seperti remaja semula, perasaan berbunga-bunga kembali berputik kerana bertemu kekasih baru," katanya.

Apa pun alasannya, penjagaan diri agar kehidupan seksual tetap ghairah dan meletup-letup adalah hal yang penting untuk setiap wanita. "Lakukan seks secara teratur, tapi jangan menjadikan ia rutin. Hindari hal-hal yang sama, buatlah eksperimen agar seks tidak membosankan," sarannya.

Apa jua yang diperkatakan, ini mungkin menjadi alasan yang baik untuk lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripadanya atau berkahwin dengan wanita berstatus janda atas dasar pengalaman mereka yang boleh memberi kepuasan sebaliknya pada lelaki juga. Saya sokong!!J

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home